Assalamualaikum adik kakok...che kak nk celoteh ckit d tghri pns ceng2 ni...semoga manfaat bt renungan kita bersama.ok lets,
Kita dilanda masalah, kemarahan atau kesedihan. Kita luahkan di FB sebagai salah satu cara yang kita rasa dapat melegakan perasaan kita.
Komen mencurah2. Nasihat berkoyan2. Tetapi kita rasa semakin marah atau semakin sedih kerana:
1. Kawan2 suruh tabah dan bersabar.
2. Kawan2 menceritakan pulak masalahnya yg sama.
3. Kawan2 menceritakan pengalaman2nya yg hampir sama dgn masalah kita.
4. Kawan2 menasihatkan kita supaya take it easy.
Kita bertambah tertekan dan tanpa memikirkan perasaan orang lain ( sahabat2 yg telah meluangkan masa memikirkan juga masalah kita) maka terkeluarlah kata2 dari kita.....
1. Korang tak tahu apa perasaan aku !!!
2. Korang cakap senang la...tak kena kat korang !!!
3. Aku dah habis sabar dah... tak payah nak suruh2 sabar lagi !!!
Perlu difikirkan jugak, kawan2 memberi komen dan nasihat adalah kerana mereka prihatin dan turut berduka dengan masalah kita. Cuma mereka kehilangan kata2 utk menenangkan kita. Apa saja yang keluar itu, bukanlah utk menambahkan tekanan pada diri kita, tetapi hanya itu saja cara yg mereka tahu. Itu saja kata2 yang dapat mereka beri....Mind you, mereka bukan kaunselor, psychologist atau psychiatarist !
Samada memujuk, berkongsi pengalaman (dgn harapan kita merasa bahawa bukan kita saja yg menghadapi masalah) atau menasihat dengan ilmu kerohanian ( sabar dan tawakal). Itu saja yg manusia biasa tahu di saat ditimpa ujian...
Bayangkan klu tiada siapa pun yg sudi komen di status penuh masalah kita? Tiada yg peduli...
Hargai komen kawan2....kalau tak setuju pun, pm lah...jangan lash out atau perli2 pulak di dalam thread itu...
Jangan buat kawan2 yg berniat baik merasa kecil hati.....jangan buat orang lain biarkan kita sendirian.
Semoga bermanafa'at buat kita semua !
No comments:
Post a Comment