Thursday, 30 March 2017

MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM

*MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM*

Mesej berantai dijatuhkan hukumnya *SYIRIK* kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan *qada* dan *qadar* yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bantuk seperti yang di atas yang perlu diabai & *dihentikan segera*.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan.

Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah *HARAM*

*Viralkan biar semua orang tahu*

*Daripada :
*Bahagian Dakwah,*
*JAKIM, Malaysia.*

والله اعلم

Wednesday, 29 March 2017

TENTANG REZEKI

*TENTANG REZEKI*

Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lh, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

*Jom fikir luasnya rezeki.*

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

Semoga kita semua dilimpahi dengan rezeki dari Allah SWT dan sentiasa bersyukur.

*kopipes. (~,^)v

Saturday, 18 March 2017

strok

“SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA TERKENA SERÀNGÀN STR0K”
.
Strok kekɑl sebɑgɑi penyumbɑng KEMÀTIÀN KE 3 terbɑnyɑk di Mɑlɑysiɑ selepɑs penyɑkit jɑntung dɑn kɑnser dengɑn kɑdɑr kemɑtiɑn sebɑnyɑk 14,000 setiɑp tɑhun.
(Sumber : Bernɑmɑ 28 oktober 2016)
.
Strok tidɑk mengenɑl usiɑ. Rɑmɑi yɑng mɑsih tidɑk mengetɑhui tɑndɑ-tɑndɑ ɑwɑl diserɑng str0k & cɑrɑ mengɑtɑsinyɑ.
.
Str0k berlɑku ɑpɑbilɑ ɑlirɑn dɑrɑh ke otɑk tergɑnggu. Sel-sel otɑk ɑkɑn mɑti ɑpɑbilɑ kekurɑngɑn oksigen yɑng dibɑwɑ oleh dɑrɑh. Iɑ ɑkɑn menyebɑbkɑn sɑlurɑn dɑrɑh pecɑh ɑtɑu tersumbɑt. Rɑmɑi yɑng tidɑk menyedɑri ɑpɑ yɑng berlɑku. Nɑmun, tɑndɑ-tɑndɑ ɑwɑl str0k dɑpɑt dilihɑt dengɑn jelɑs.
.
3 Tɑndɑ ɑwɑl strok:

💥 Lemɑh ɑnggotɑ bɑdɑn secɑrɑ tibɑ-tibɑ ɑtɑu kebɑs di bɑhɑgiɑn mukɑ, lengɑn & kɑki (terutɑmɑnyɑ sebelɑh bɑdɑn)

💥 Mengɑlɑmi mɑsɑlɑh penglihɑtɑn secɑrɑ tibɑ-tibɑ disebelɑh ɑtɑu keduɑ-duɑ belɑh mɑtɑ

💥 Mengɑlɑmi kekeliruɑn secɑrɑ tibɑ-tibɑ, mɑsɑlɑh bercɑkɑp ɑtɑu memɑhɑmi pertuturɑn
========================================
.
Jikɑ ɑndɑ ɑtɑu keluɑrgɑ mengɑlɑmi 3 tɑndɑ ɑwɑl di ɑtɑs, cegɑhnyɑ dengɑn ujiɑn FAST dengɑn segerɑ.
.
F (Fɑce)  – Mukɑ, Mintɑ merekɑ senyum, ɑdɑkɑh senyumɑn itu senget sebelɑh?
A (Arm) – Lengɑn, Mintɑ ɑngkɑt keduɑ-duɑ tɑngɑn, ɑdɑkɑh jɑtuh sebelɑh?
S (Speech) – Percɑkɑpɑn, ɑdɑkɑh merekɑ dɑpɑt mengulɑng percɑkɑpɑn ɑtɑu pertuturɑn sukɑr untuk difɑhɑmi?
T (Time) – Mɑsɑ, perlu tindɑkɑn segerɑ kerɑnɑ serɑngɑn pertɑmɑ ɑkɑn pulih selepɑs 4 jɑm.
.
LANGKÀH TERBAIK UNTUK MENGELAKKAN SERÀNGÀN STR0K 
.
Lebih dɑripɑdɑ 90% kes seperti ini boleh dicegɑh. Pɑrɑ doktor menyɑrɑnkɑn supɑyɑ mengɑmɑlkɑn pemɑkɑnɑn yɑng sihɑt dɑn seimbɑng dɑn bersenɑm secɑrɑ terɑtur sertɑ mengurɑngkɑn stress sebɑgɑi lɑngkɑh pencegɑhɑn.
.
=======================================

Friday, 17 March 2017

Gara-Gara Daun Rerama

Baru berumur 15 tahun, sudah kehilangan ibunya gara-gara daun rerama

45 tahun, ibu seorang anak perempuan tunggal yang baru berusia 15 tahun.

Seorang tukang masak. Kencing Manis 5 tahun, tapi dah 3 bulan tidak ambil insulin. Katanya daun RERAMA boleh turunkan gula, tak payah ubat-ubat lain dah. Entah siapa yang beritahu semua ini.

Demam seminggu. Datang hospital tak sedar diri, paru-paru, buah pinggang semua tidak berfungsi. Gula tinggi melangit tidak terbaca (HIGH INDEX), komplikasi merbahaya DIABETIC KETOACIDOSIS. Terpaksa di letak tiub dalam corong paru-paru untuk bantuan pernafasan (gambar hiasan). Sangat tenat.

Pemeriksaan bahagian sulit beliau nampak ada nanah meleleh keluar, ianyanya berpunca dari bisul/kuman. Rupanya nanah tu merebak daripada bahagian dalam badan (perineum). Perut (abdomen) bahagian bawah beliau juga kelihatan begitu merah. Allahuakhbar, agaknya berapa lama paras gula beliau tinggi disebabkan tidak mengambil insulin.

Bila seseorang mempunyai paras gula tinggi, tahukah anda yang kuman senang hinggap! Bila datang menyerang, apa pun yang kita lakukan sudah sangat susah nak diselamatkan. Bagi antibiotik satu gelen pun tak jalan.

Jika kencing manis, pastikan JANGAN tinggalkan ubat Doktor. Nak ambik lain-lain itu mohon bincang dulu dengan Doktor merawat. Tanyalah kami, mohon lah🙏 ye.

Tapi sangat tak logik kalau daun rerama itu dikatakan mengurangkan paras gula. Ye mungkin satu dua bacaan tapi bukan terus menerus. Kalau kita tak makan apa-apa makanan pun, nescaya paras gula kita rendah. Kami hanya nak tahu bacaan gula lepas anda makan, bukan lepas puasa berhari macam testimoni jurujual produk-produk dipasaran (yang ini tak minat langsung).

Apa patofisiologi DAUN RERAMA?

- Adakah ianya mengandungi insulin atau menambah sel beta di pankreas untuk menghasilkan insulin? TIDAK.

- Adakah ia meningkatkan penghasilan insulin (seperti ubat sulphonylurea contoh Gliclazide). TIDAK.

- Adakah ia mengurangkan penghasilan gula oleh hepar seperti Biguanide (contoh Metformin)? TIDAK.

- Adakah ia meningkatkan sensitiviti sel-sel kita kepada insulin seperti Thiazolidinozeones (contoh glitazones)? TIDAK.

Dan banyak lagi ubat-ubat Kencing Manis yang pengamal perubatan tahu mekanisme nya.

Tak kira apa ubat pun, semua pesakit perlu mencapai tahap kandungan gula yang terkawal. Paras gula perlu antara 4.4-7.0 mmol/L, bacaan selepas makan 4.4-8.5 mmol/L (CPG 2016) & paras HbA1C antara 6-7% mengikut profil risiko pesakit (ADA 2017).

Bukan hanya komplikasi kegagalan organ tinggi (Buah Pinggang, Buta, Jantung, Amputasi Kaki dan banyak lagi) disebabkan oleh Kencing Manis yang tidak terkawal; malah jangkitan kuman adalah yang paling kami pengamal perubatan takuti. Yang masuk hospital pun ramai sebab ini. Mohon kurangkan risiko dengan mengawal ketat paras gula anda.

Pesakit ini dibawa ke Dewan Bedah secepat mungkin. Bertungkus lumus Pakar Bedah cuba membuang nanah & kuman yang dah lama bersarang. Tapi apakan daya keadaan beliau sudah terlampau teruk. Beliau meninggal dunia keesokan harinya di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Terlihat seorang budak perempuan, duduk di salah satu penjuru bilik pelawat khas ICU semasa kami menyampaikan berita kematian. Anak Arwah. Mukanya sugul, tunduk kebawah sepanjang masa. Nampak raut wajahnya seorang yang matang, begitu cekal & tenang.

Ya Allah, kuatkanlah dia untuk mengharungi masa hadapan tanpa seorang ibu, doaku.

Ya Allah, kuatkan kami pengamal perubatan menempuh hari-hari sebegini & sesungguhnya kami sentiasa berdoa supaya pesakit kami tidak mengambil risiko. Kami doakan yang baik-baik sahaja untuk semua.

Berusahalah dengan cara yang betul, jangan percaya rawatan bukan-bukan.

Kesihatan anda didalam genggaman sendiri. Jangan serahkan ke tangan orang lain!

Al-Fatihah.

#JanganKacauPesakitKronik

Rafidah Abdullah
Pakar Perubatan & Buah Pinggang
#MedTweetMY

Thursday, 16 March 2017

....
Jom pakai kanta kasih sayang dan melihat semua orang dgn kasih sayang dan rasa hormat dan saling mendoakan dan sibuk melihat keaiban diri hingga tidak nampak keaiban orang lain. Semoga bila melihat masaalah di luar sana kita akan sibuk didik anak anak supaya menjadi penyelesai masaalah bukan sebahagian dari masaalah. Semoga kita sentiasa merasa berdosa dan dhaif dan miskin dan ingat mati dan renung apa pencen kubor kita dan bagaimana kita membuat pilihan setiap saat untuk mendapat husnul khatimah. Allah tak melihat hasil tetapi melihat usaha kita walau sedikit. Semoga kita kurang menuding jari dan membuka keaiban orang sebaliknya saling mendoakan semua orang diberi hidayah dan diampun dosa. Segedung akhlak diperlukan untuk mendapat segelung ilmu. Jika kita ada ilmu tetapi akhlak tidak baik jom renung tahap ilmu dan keikhlasan kita dalam belajar ilmu. Jom audit diri..

*ProfDrMuhaya*

Wednesday, 15 March 2017

Hr ni che kak nk bg semangat kt diri che kak...harap entri ni berguna juga buat orang lain...credit to redmario
****************
Modal pertama dalam memulai usaha Anda sendiri adalah diri Anda sendiri.

Jika uang adalah modal yang paling penting, mengapakah tidak semua anak orang kaya berhasil?

Jika kemiskinan adalah penjara yang tak berpintu keluar, mengapakah banyak pribadi yang besar dan berhasil hari ini adalah putra dan putri dari keluarga-keluarga yang kekurangan dan bahkan miskin?

Dua hal yang utama dalam diri kita yang menjadikan kita bernilai bagi orang lain, dan yang kemudian menjadi modal utama untuk memulai bisnis Anda sendiri adalah:

1. DIRI ANDA
2. YANG ANDA KERJAKAN

Yang pertama, DIRI ANDA

Ada orang yang racikan sikap dan sifatnya, penampilan dan cara membawa dirinya, kualitas dari pemikirannya, dan yang sudut pandangnya menjadi keuntungan bagi orang lain.

Sehingga, hanya dengan menjadi diri Anda sebagaimana adanya – saja, telah cukup untuk menjadikan Anda pebisnis yang kehadirannya akan dihargai dan dihormati lebih tinggi dengan semakin meningkatnya kualitas pribadi Anda.

Yang kedua, YANG Anda KERJAKAN

Yang bisa Anda kerjakan untuk meringankan beban kehidupan orang lain, yang bisa menggembirakan mereka, yang bisa membebaskan mereka dari kesulitan dan kesalah-pengertian yang mengerdilkan kehidupan, yang bisa membantu mereka menghasilkan penjualan lebih besar, yang bisa membantu mereka menghemat biaya, yang bisa meningkatkan hasil dari jumlah biaya yang sama, dan semua hal yang bisa Anda lakukan untuk menguntungkan orang lain, ADALAH modal utama kedua setelah diri Anda sendiri.

Maka,

Perhatikanlah diri Anda dengan kesyukuran yang lebih dalam.

Berlakulah lebih menghormati diri Anda sendiri.

Damaikanlah diri Anda untuk mengenali kualitas-kualitas dalam diri Anda dan yang dapat Anda kerjakan, yang bisa menjadi sebab bagi tercapainya kebaikan bagi orang lain.

Dan segera setelah itu, Anda akan menjadi pribadi yang lebih positif, yang lebih bergembira, dan berharapan baik mengenai peran Anda dalam hubungan baik dengan orang lain dan dalam perniagaan.

Saya mendoakan agar Tuhan membeningkan hati dan menjernihkan pikiran Anda, agar Anda segera mengenali kebesaran potensi yang ada di dalam diri Anda dan yang dapat Anda sebabkan dengan yang bisa Anda lakukan. 

Mario Teguh – Loving you all as always

---------------

www.redmario.com
Nasihat Format Singkat dari Mario Teguh
Topik: Cinta, Kekuatan, Sukses

Monday, 13 March 2017

Lama betul che kak x hapdet blog,sbb lappy rosak,nk guna fon x pandai...ni last godek2,syukur...lpas ni blh la menghapdet time ada luang.syg awak2 smua,