Wednesday, 16 October 2013
Selamat hari raya Aidiladha ! salam 1 Malaysia
Ptg td p umah adik at prmatng tengah,mlm taksat br sampai blk...cheq n family p ry sana la kbetulan dua org adik cheq dok sana n x blk kg jugak..sdey juga x braya ngn ma,ayah adik2 at kg..xpo2 nnt kita blk(nk bg sdp hati sndiri) ..eh! pnjang brjela dok ngarut apo aihh..jom2 kita p buat dulu apa2 hat pnting...cheerss
#ceria2 sokmo
Friday, 11 October 2013
SEKADAR PERKONGSIAN
Jika anda "DI PAKSA" keluarkan duit di mesin ATM...Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.
****Tolong share untuk peringatan bersama.
Thursday, 10 October 2013
MENJADI TUNANGAN ORANG TANPA SEDAR
MENJADI TUNANGAN ORANG TANPA SEDAR :)
S: Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
J: Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku." "Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut. Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
S: Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
J: Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam.
S: Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
J: Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
S: Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
J: Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya. Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
***Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
***thankz pd pengirim text ni... COPY PASTE...
Mengapa WANITA sering menangis?
Mengapa WANITA sering menangis?
Jawab Tuhan : Kerana WANITA itu unik Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan pribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk ttp menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh org yg disayangi.
WANITA makhluk kuat ,Tapi jika suatu saat dia menangis itu krn KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru....
##WANITA sangatlah istimewa,Kirimkan pd wanita yg kamu sayangi...Kirimkan juga pd lelaki agar mereka menghargai wanita dan agar tahu bahwa wanita ciptaan Tuhan yg istimewa...
-copy paste- -sharing is loving- sharing is caring
Tuesday, 8 October 2013
DOA UNTUK AYAH DAN IBU KITA
Mohon ‘‘Aamiin’’ kan bersama².
******************
Ya Allah...
Rendahkanlah suara kami di depan mereka.Indahkanlah ucapan kami di mata mereka.
Lunakkanlah watak kami terhadap mereka.
Dan lembutkanlah hati kami untuk mereka.
Ya Allah...
Berilah mereka sebaik²nya balasan.Atas didikan yang telah mereka berikan kepada kami.
Berilah mereka pahala yang besar,Atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami.
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah..
Apapun gangguan yang telah mereka rasakan ataupun kesusahan yang mereka derita karena kami, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatan kami, jadikanlah semua itu menjadi penyebab gugurnya dosa² mereka, penyebab meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala mereka dengan perkenan-Mu.Karena hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan yang berlipat.
Ya Allah...
Jika maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami, izinkan mereka memberi syafa'at untuk kami.Tapi jika maghfirah-Mu lebih dulu mencapai diri kami, izinkanlah kami memberi syafa'at untuk mereka.Sehingga kami semua bisa berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yg dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu, serta rahmat-Mu.
Ya Allah...
Sesungguhnya hanya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung.Serta anugerah yang tak berakhir.Hanya kepada-Mu lah kami meminta dan hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan.Dan Engkaulah yg Maha Pengasih diantara semua yang pengasih.
“...Aamiin Allahumma yaa ALLAH yaa Rabbal 'alamiin...”
copypaste
